fbpx

Kereta Tesla rempuh tiang, 4 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia semasa kejadian. - CTV News

OTTAWA  – Seorang pemandu dan tiga penumpang terbunuh selepas kereta elektrik (EV) Tesla yang mereka naiki terbakar di Toronto, Kanada, lapor portal berita MailOnline kelmarin. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 12.15 pagi (waktu tempatan) di Lake Shore Boulevard East, barat Don Roadway pada Khamis lalu. 

Polis tempatan berkata, kereta itu dipandu laju sebelum  hilang kawalan lalu merempuh rel  penghadang jalan raya dan tiang konkrit. 

“Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan pelanggaran berlaku. EV itu juga  meletup.

“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian dan bergegas memadamkan kebakaran sebelum menemui mayat tiga lelaki dan seorang wanita di dalam kereta. 

“Keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” lapor stesen penyiaran CTV News.

Pasukan bomba bagaimanapun berjaya menyelamatkan seorang penumpang berusia 25 tahun daripada EV tersebut yang hangus dijilat api. 

“Dia dibawa ke hospital berdekatan rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan yang mengancam nyawa,” jelasnya. 

Timbalan Ketua Jabatan Bomba Toronto, Jim Jessop berkata, mereka terpaksa menggunakan air yang banyak untuk memadamkan kebakaran. 

Pegawai Polis dan Bomba Toronto menyatakan bahawa sel bateri Tesla berkemungkinan besar menjadi punca kebakaran dahsyat itu.

“Masih belum jelas ke mana hala tuju mereka dan punca pemandu hilang kawalan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI