fbpx

Kedutaan Besar Malaysia di Nepal anjur pertandingan boling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta pertandingan boling anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.

PETALING JAYA – Hampir 30 rakyat Malaysia di Nepal dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal menyertai pertandingan tenpin boling sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024.

Kedutaan Besar Malaysia dalam satu kenyataan berkata, aktiviti yang berlangsung pada Jumaat lalu itu telah disertai oleh kakitangan Kedutaan dan keluarga serta masyarakat Malaysia yang berada di Nepal.

“Hampir 30 orang berkumpul bagi merealisasikan sambutan hari sukan negara peringkat kedutaan yang telah di adakan di sebuah pusat boling di Wonderland, Baisepathi, Kathmandu, Nepal.

“Aktiviti ini telah mampu mengumpulkan rakyat Malaysia yang berada di Nepal terutamanya di Kathmandu disamping mengamalkan cara hidup yang sihat “ katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, aktiviti itu juga dapat merapatkan lagi hubungan antara kakitangan kedutaan khususnya dengan Masyarakat Malaysia yang berada di Nepal.

“Majlis bermula dengan ucapan oleh Kuasa Usaha Sementara, Mohd Firdaus Azman serta berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

“Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif membudayakan sukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI