fbpx

‘Kalau bertudung, saya nak pakai sampai bila-bila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera berkata, dia ingin memakai tudung secara istiqamah dan bukan daripada paksaan mana-mana pihak.

PETALING JAYA – Menunggu hidayah Tuhan, pempengaruh media sosial Ameera Khan mengakui hanya menunggu waktu tepat untuk memenuhi kewajipan menutup aurat dengan memakai hijab.

Meskipun pernah bertudung, Ameera, 24, tekad untuk berhijab sepenuhnya tanpa perlu ada perasaan mahu kembali buka apabila sampai waktu nanti.

“Soalan ini saya tanya diri saya banyak kali bila nak pakai tudung. Dalam hidup, saya pakai tudung dalam dua ke tiga kali dan selalu buka balik.

“Kalau nak pakai tudung, saya mahu pakai sampai bila-bila tanpa buka.

“Insya-Allah dengan doa mama, daddy, semua saya akan pakai juga tudung suatu hari nanti,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Bagaimanapun, adik kepada selebriti Neelofa itu menegaskan bukan dirinya tidak bersedia untuk bertudung cuma hanya menunggu waktu sesuai.

“Tiada kena mengena dengan kenyataan saya belum bersedia untuk pakai, saya tak boleh cakap begitu.

“Apa yang boleh saya cakap, insya-Allah apabila sampai waktu tepat saya doa Allah permudahkan urusan saya.

“Saya juga doakan sesiapa yang menonton video ini dipermudahkan untuk pakai tudung,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ameera menjadi buah mulut netizen setelah menimbulkan kekeliruan ramai dengan imejnya yang bersilih ganti membuka tudung.

Dalam masa sama, netizen mendoakan pempengaruh sensasi itu kekal istiqamah dan mengikut jejak langkah kakaknya, Neelofa menutup aurat sepenuhnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI