fbpx

Jualan Rahmah beri manfaat kepada 1.87 rakyat Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamalludin (kanan) ketika hadir ke Sesi Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Aeon Station 18 di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Program Jualan Rahmah (PJR) yang dilaksanakan di seluruh negara telah memberi manfaat kepada 1.87 juta rakyat di Perak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, angka yang direkodkan bermula tahun lalu hingga hari ini, membabitkan 1,202 PJR di seluruh negeri.

Katanya, dalam tempoh itu juga, nilai jualan barangan yang direkodkan adalah berjumlah RM64.18 juta.

“Pada tahun lalu, sebanyak 508 program dilaksanakan dengan penerima manfaat seramai 800,754 orang membabitkan nilai jualan sebanyak RM19.95 juta.

“Jumlah itu meningkat sebanyak 36 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dari segi nilai jualan barangan apabila merekodkan RM44.23 juta yang diperoleh menerusi 694 program dengan penerima manfaat seramai lebih 1.06 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar pada sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI