fbpx

Industri permainan digital Malaysia catat jualan, eksport RM45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang disediakan oleh kerajaan sejak tahun 2014.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pencapaian itu membuktikan industri permainan digital di Malaysia memiliki potensi yang besar untuk dimajukan melalui sokongan kerajaan.

“Bagi meningkatkan promosi dan pemasaran permainan digital tempatan, MDEC juga telah menyediakan platform dan peluang bagi syarikat-syarikat untuk meneroka akses pasaran.

“Antara pasaran permainan digital yang sering disertai termasuk Games Developer Conference di Amerika Syarikat, Tokyo Game Show di Jepun, China Joy di China, Gamescom di Eropah dan lain-lain,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) berhubung permainan digital (komputer, video atau mudah alih) tempatan yang telah menerima dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak tahun 2014.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, animasi juga merupakan salah satu komponen penting dalam produksi permainan digital yang didukung oleh MDEC.

Menurut beliau, terdapat beberapa syarikat animasi telah berjaya dalam bidang tersebut termasuk Kucingko Berhad yang menjadi syarikat produksi animasi tempatan pertama disenaraikan di Bursa Malaysia pada Julai 2024.

Terdahulu,beliau memaklumkan, MDEC menerima peruntukan Dana Kandungan Digital sebanyak RM163 juta dari tahun 2014 sehingga 2024 bagi menjalankan dan menyelia bantuan kewangan kepada industri animasi, permainan digital, komik digital dan kandungan teknologi kreatif.

Kata beliau, sehingga kini sebanyak 60 buah projek telah diluluskan oleh MDEC dengan jumlah keseluruhan dana sebanyak RM36.7 juta bagi pembangunan permainan digital, meliputi platform komputer, konsol dan mudah alih.

“Kesemua projek ini juga telah berjaya mewujudkan lebih daripada 700 peluang pekerjaan,” katanya.

Tambah beliau, antara permainan digital tempatan menerima bantuan Dana Kandungan Digital daripada MDEC adalah Tiny Guardians oleh Kurechii Sdn. Bhd. dan Re-Legend oleh Magnus Games Studio Sdn. Bhd.

Kata beliau, No Straight Road oleh Metronomik Sdn. Bhd., Rhythm Doctor oleh 7th Beat Games Sdn. Bhd. dan Giga Bash oleh Passion Republic Games Sdn. Bhd. juga antara permainan digital tempatan menerima bantuan MDEC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI