fbpx

Ibu parah nekad selamatkan anak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Jiamei bergegas membawa anaknya ke tempat yang selamat. - Douyin

BEIJING – Seorang wanita di China mengundang perhatian orang ramai kerana nekad menyelamatkan anak lelakinya meskipun dia cedera parah akibat letupan gas bocor, lapor portal berita South China Morning Post kelmarin. 

Kejadian berlaku di wilayah Zhejiang, timur China pada 14 Oktober lalu, apabila wanita bernama Huang Jiamei itu sedang memasak di dapur.

Anak Jiamei yang berusia dua tahun, Xu Nuo terperangkap di bawah pintu semasa kejadian. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup menunjukkan Jiamei keluar dari dapur dan mengambil anaknya sambil menjerit kesakitan. 

Meskipun tangannya melecur, dia meletakkan Nuo di tempat selamat sebelum menghubungi suaminya, Xu yang sedang bekerja. 

Menurut Xu, dia terkejut melihat keadaan isterinya yang parah seperti rambut hangus, kaki bengkak dan muka pucat akibat api yang membara.

“Badan Jiamei mengalami kesan lecur tahap kedua iaitu antara 60 hingga 70 peratus,  manakala anak kami mempunyai calar di belakang badan.

Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 9 juta tontonan. 

“Kasih sayang seorang ibu sangat besar dan tidak mementingkan diri,” komen seorang netizen. 

“Dia (Jiamei) pasti lega kerana  anaknya hanya cedera ringan,” komen netizen lain. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI