fbpx

Hon Jian-Haikal akur lupakan WTF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HON JIAN berdepan masalah kecederaan dan perlu memberikan fokus kepada pemulihan menyebabkan mereka perlu melupakan usaha memburu slot ke WTF.

KEJOHANAN Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 sudah tidak berada dalam perancangan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri akibat kemerosotan ranking Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Situasi itu berpunca daripada tidak menyertai beberapa kejohanan terdahulu susulan kecederaan dialami Hon Jian ketika sedang menjalani sesi latihan kira-kira sebulan yang lalu.

Justeru, Haikal berkata, mereka kini sudah melupakan kejohanan WTF dan hanya memberikan fokus kepada proses pemulihan kecederaan pinggul dialami Hon Jian meskipun sebelum ini mereka berada pada landasan terbaik untuk layak.

“Sebelum bermain pada kejohanan Terbuka China September lalu, memang kami letak sasaran (ke WTF), tetapi kalah awal, ditambah pula dengan kecederaan yang dialami Hon Jian. Jadi, dia perlu fokus pada pemulihan.

“Buat masa sekarang, kami hanya akan mula berikan fokus untuk kejohanan-kejohanan yang berlangsung tahun hadapan,” ujar pemain kelahiran Bachok, Kelantan itu.

Berdasarkan kedudukan Jelajah Dunia terbaharu, Hon Jian-Haikal menghuni ranking ke-11, dibezakan tiga anak tangga dengan kelompok lapan terbaik yang menjadi syarat kelayakan ke WTF di Hangzhou, China Disember depan.

Pada ketika ini, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berada di kedudukan terbaik untuk mara ke WTF apabila masing-masing menghuni ranking kedua dan ketujuh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI