fbpx

EPL: Ten Hag, Red Devils akhirnya ‘bercerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMEROSOTAN prestasi menyaksikan Manchester United ambil keputusan memecat Erik ten Hag. - AFP

MANCHESTER – Kemerosotan prestasi Manchester United termasuk tewas kepada West Ham United, semalam menyaksikan pengurusan tertinggi kelab itu ambil keputusan memecat Erik ten Hag.

Walaupun sebelum ini pengurus dari Belanda itu diberikan lanjutan kontrak sehingga 2026, Red Devils seakan tidak boleh terima dengan kedudukan pasukan ketika ini di tangga ke 14 Liga Perdana Inggeris.

Legenda kelab itu, Ruud van Nistelrooy akan menggalas tanggungjawab selaku pengurus sementara sebelum pengurusan kelab melantik pengendali baharu.

“Erik ten Hag meninggalkan jawatannya sebagai pengurus pasukan utama Manchester United. Erik dilantik pada April 2022 dan mengetuai pasukan memenangi dua trofi domestik.

“Kami berterima kasih kepada Erik atas sumbangannya dan kami mendoakan yang terbaik buatnya.

“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara dan akan dibantu oleh kakitangan sedia ada,” menurut kenyataan Man. United.

Ketika ini pengurus Brentford, Thomas Frank, Edin Terzic (Borussia Dortmund), Pengarah Sukan Sporting Lisbon, Ruben Amorim dan bekas pengendali Barcelona, Xavi disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan pengurus Red Devils. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI