fbpx

E-dagang perkasa perniagaan tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afiq dan Faizah bersama produk barangan kering mereka yang kini laris terjual di platform e-dagang.

PETALING JAYA – Perniagaan bersifat tradisional selalunya dipengaruhi pelbagai cabaran termasuk dari segi capaian pe­langgan, cuaca hingga isu logistik yang menjadi kekangan kepada usahawan dalam usaha menjana hasil stabil setiap bulan.

Pada musim hujan misalnya, kehadiran pelanggan berkunjung ke gerai diusahakan Muhammad Afiq Mohamad Arshad dan Faizah Milindi di pasar malam, yang menjual pelbagai bara­ngan kering seperti buah goji, teh bunga dan barli seringkali tidak menentu hingga menimbulkan masalah ketidakstabilan kewa­ngan.

Menyedari kepayahan tersebut, kedua-dua anak muda ini meneroka perniagaan di platform Shopee dengan menubuhkan A&F Berkat Borneo pada tahun 2018 sehinggalah jejak niaganya semakin kukuh di platform e-dagang popular tersebut.

Sehingga kini, mereka berjaya mencatat pertumbuhan pesat bermula daripada RM80,000 pada tahun pertama kepada anggaran RM500,000 menjelang akhir 2024.

“Shopee membuka pintu yang tidak pernah kami jangka. Penyelesaian logistik mereka telah merevolusikan perniagaan, membolehkan kami menghantar produk kepada pelanggan di seluruh Malaysia dengan cekap.

“Kini, walaupun pada hari hujan, kami masih dapat berhubung dengan pasaran utama seperti Johor dan memperoleh pendapatan yang lebih stabil, mengubah hidup kami dalam cara yang tidak pernah kami ba­yangkan,” kata Faizah baru-baru ini.

Pertumbuhan A&F Berkat Borneo turut memberi manfaat kepada pembekalnya dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Permintaan yang meningkat membolehkan pembekal memperluaskan operasi, menggaji kakitangan baharu, dan melabur dalam pengangkutan yang lebih baik.

Selain itu, Afiq dan Faizah juga membimbing suri rumah di komuniti mereka tentang cara menjana pendapatan sampingan melalui Program Afiliasi Shopee, yang mempromosikan kebebasan kewangan dan menyumbang kepada pertumbuhan penduduk setempat.

Sarini menunjukkan dua produk paling popular di The Pastel Shop.

Sementara itu, seorang lagi usahawan, Sarini Zainal Abidin, pengasas The Pastels Shop turut berjaya mengembangkan perniagaannya ke seluruh negara menerusi e-dagang.

Bermula sebagai perniagaan tempatan, ia telah berkembang menjadi kedai utama dan gudang, mewujudkan lebih 70 pekerjaan sambilan di Banting dan Shah Alam.

“Rangkaian logistik Shopee yang luas menjadi kunci kepada pertumbuhan, membolehkan kami memperluas operasi dan menyumbang kepada penciptaan pekerjaan,” jelas Sarini.

Walaupun berpusat di Lembah Klang, Shopee memboleh­kan Sarini menembusi pasaran kompetitif seperti Pantai Timur dan mengatasi cabaran logistik dengan penghantaran yang cekap serta boleh dipercayai.

Selain itu, Kimchi Suren Suria, sebuah perniagaan kimchi dari rumah yang dikendalikan oleh Suriana Ali Endut juga berjaya berkembang pesat dengan sokongan Shopee.

Bermula sederhana dari kediaman sendiri, produk Kimchi Suren Suria kini mampu dipasarkan di seluruh pelosok negara.

Usahawan wanita ini berjaya menangani cabaran penghantaran barangan mudah rosak seperti kimchi ke kawasan jauh sehingga ke Sabah dan Sarawak, seterusnya menukarkan cabaran logistik kepada peluang untuk pertumbuhan.

“Rangkaian logistik Shopee membolehkan kami menghantar kimchi ke seluruh negara, termasuk kawasan terpencil,” ujarnya.

Tambah beliau, platform tersebut juga membolehkan perniagaannya memperluaskan pangkalan pelanggan dan pada masa sama, membina hubungan bermakna dengan peminat makanan di seluruh negara.

Peningkatan pendapatan juga membolehkan beliau melabur untuk membeli peralatan yang lebih baik, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mencapai kestabilan kewangan.

Suriana juga berjaya mendapatkan pinjaman kereta, yang banyak menambah baik operasi perniagaan dan memudahkan mobiliti peribadinya.

Di sebalik setiap pembelian dalam talian, terdapat kisah ke­tekunan, daya tahan dan impian yang tercapai.

Bagi ramai usahawan Malaysia, penyelesaian logistik yang lebih mantap dan ciri mesra pembeli Shopee telah menjadi pemangkin kepada perubahan daripada permulaan yang sederhana kepada kisah kejayaan di seluruh negara.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI