fbpx

Diana Danielle, Farid Kamil bakal bercerai kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALNG JAYA – Selepas setahun kembali rujuk, pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.

Bagaimanapun, pemilik nama nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

“Saya sudah buat keputusan untuk berpisah dengan suami saya secara rasmi dan akan memfailkan perceraian.

“Tidak! Saya tak akan beri sebarang perjelasan,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Ibu kepada dua cahaya mata itu secara tegas seolah-olah memberi peringatan kepada aktor tersebut agar tidak memujuknya lagi

“Mungkin dia akan buat seperti biasa dengan bunga dan cincin serta janji kosong. Jangan pujuk,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut meninggalkan kapsyen dalam hantaran Instagram seolah-olah sudah tekad mahu berpisah buat kali kedua.

“Rujuk bukan untuk semua, lepaskan saya. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI