fbpx

Dana RM500 juta bantu pembiayaan pelatih TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahir (kanan) meninjau salah sebuah reruai pameran pada program Siri Jelajah Karnival TVET di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan memanfaatkan dana RM500 juta diberi kerajaan untuk menaik taraf pembiayaan kepada pelajar bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada sesi kemasukan tahun depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Zahir Hassan berkata, dana RM500 juta tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelatih di seluruh negara.

Beliau berkata, antara pengkhususan diberi tumpuan pada tahun depan adalah teknologi kecerdasan buatan (AI), bidang aeroangkasa, penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan serta pembaikan dan baik pulih (MRO) industri penerbangan.

“Ini termasuk semua berkaitan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan kenderaan elektrik (EV).

“Oleh itu, kita mahu semua remaja yang berminat dengan TVET agar segera merebut peluang ditawarkan kerajaan melalui dana pembiayaan PTPK ini demi masa depan yang lebih cemerlang,” katanya di sini hari ini. Terdahulu beliau merasmikan Siri Jelajah Karnival TVET dan sesi dialog bersama penyedia latihan PTPK.

Zahir berkata, program siri jelajah karnival merupakan medan PTPK mendekati masyarakat terutama golongan belia yang tidak berminat dalam bidang akademik.

Beliau berkata, golongan itu akan didedahkan dengan banyak peluang TVET disediakan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI