PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri di Semenanjung negara pada petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Perlis dan Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.
“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Selangor (Kuala Langat dan Sepang) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.
Sementara itu, cuaca buruk ini turut menjejaskan kawasan di Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE