fbpx

Baking soda bersihkan racun buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM pada hantaran Facebook.

PETALING JAYA – Perdebatan mengenai kualiti anggur Shine Muscat import telah menimbulkan kebimbangan yang tinggi dalam kalangan pengguna tentang keselamatan memakan buah itu.

Menerusi hantaran di Facebook Public Health Malaysia (PHM) menekankan bahawa penggunaan racun perosak dalam pertanian boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan, termasuk iritasi pada tekak selepas memakan buah-buahan yang tidak dibasuh.

Berikutan itu, PHM berkongsi cara mudah untuk memastikan buah-buahan lebih selamat dimakan dengan menggunakan baking soda untuk membersihkan sisa racun perosak daripada permukaan buah-buahan.

“Campurkan satu sudu besar baking soda ke dalam satu liter air, kemudian rendam buah-buahan seperti anggur dan epal selama 10 hingga 15 minit bagi memecahkan molekul racun perosak.

“Setelah direndam, bilas buah-buahan dengan air bersih bagi menghilangkan sisa baking soda,” ujar PHM.

Dengan langkah awal ini, pengguna dapat menikmati buah-buahan dengan lebih yakin sambil memastikan kesihatan mereka terjaga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI