fbpx

20 aduan penipuan Rumah Mampu Milik Johor, kerugian RM155,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Jafni (atas tengah) bergambar bersama sebahagian daripada 346 pemilik rumah kediaman RMMJ Bandar Putra, Kulai yang menerima kunci rumah.

KULAI – Pihak berkuasa telah menerima sebanyak 20 aduan melibatkan kes penipuan kediaman Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dengan kerugian direkodkan sebanyak RM155,000.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, modus operandi digunakan adalah mengiklankan RMMJ menerusi laman web dan meminta wang deposit bagi membuat permohonan.

“Hanya satu laman web yang menguruskan permohonan RMMJ iaitu eRumah Johor iaitu yang dikendalikan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ), manakala tiada sebarang bayaran dikenakan.

“Sedih apabila saya dimaklumkan ada pihak membayar sehingga RM10,000 kepada scammer yang berjanji boleh mendapatkan unit RMMJ, sebenarnya itu hanyalah penipuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci RMMJ Bandar Putra, di sini.

Tambah Mohd. Jafni, majoriti daripada mangsa scammer itu merupakan individu yang bukan berasal dari negeri ini, sebaliknya dari negeri-negeri lain.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI