fbpx

2.1 juta pelancong masuk Langkawi sehingga bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbangan sewa khas secara terus dari negara Eropah Timur seperti Poland akan membuka laluan kepada lebih banyak penerbangan asing untuk masuk ke Malaysia.

LANGKAWI – Jumlah pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan ini meningkat kepada kira-kira 2.1 juta orang pada tahun ini sehingga bulan lepas berbanding 2.09 juta dalam tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, rekod kemasukan pelancong pada tahun ini itu mencapai 75 peratus daripada sasaran tiga juta pelancong untuk tahun ini.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 88 peratus atau 1.85 juta adalah pengunjung tempatan dan bakinya merupakan pelancong antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Penerbangan Sulung dari Poland ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini hari ini.

Katanya, jumlah kemasukan pelancong pada bulan lalu juga meningkat sebanyak 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan berdasarkan peningkatan itu, pihaknya yakin sasaran tiga juta pelancong masuk ke pulau ini dapat dicapai pada hujung tahun ini.

Ujarnya, keyakinan tersebut turut disumbangkan dengan penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa seperti Le Tour De Langkawi dan Ironman Langkawi.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, penerbangan Tol Polish Airlines akan terbang terus dari Warsaw, Poland ke Langkawi sebanyak 22 kali sehingga Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI