fbpx

Suami menang ASA2024, Shakila Khoriri ‘terasa’ belum cukup terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA -Terinspirasi dengan kejayaan suami, pelakon Shakilla Khoriri berharap kerja kerasnya sebagai anak seni selama lebih satu dekad terbayar dengan trofi anugerah satu hari nanti.

Belum pernah menang sebarang anugerah, pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, itu juga mengakui tidak pernah patah semangat sebaliknya nekad mahu terus melakukan yang terbaik dalam kerjaya seni.

Berbelas tahun dalam industri belum direzekikan untuk naik ke pentas untuk terima apa saja penghargaan yang terbaik.

“Maka saya tanamkan dalam diri bahawa, saya belum cukup terbaik berbanding orang lain.

“Yakin aturan Allah itu sememang yang terbaik,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, dia turut berbangga dengan suaminya iaitu Mohd. Fariz yang berjaya merangkul anugerah di malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024), semalam.

Hari ini (semalam) saya ada di ASA2024 meraikan kemenangan atau boleh saya sebut sebagai yang terbaik cuma bukan daripada saya tetapi untuk Fariz.

“Bermula dengan berita pencalonan untuk top 5 sehingga dipilih sebagai yang terbaik. Alhamdulillah, saya gembira untuk awak,” ujarnya.

Semalam, Fariz berjaya memenangi anugerah Rancangan Sukan TV Terbaik menerusi rancangan Jom Diva siaran TV Okey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI