fbpx

Sempat bergurau sebelum hilang di muara Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pencarian seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Muda dekat Pasar Bisik, dekat Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda dikhuatiri lemas ketika mandi di muara Sungai Muda berdekatan tempat pendaratan ikan di Pasar Bisik di Kuala Muda, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Muhammad Aiman Safwan Mahadzir, 21, bermain air di situ sebelum hilang akibat dihanyutkan arus deras.

Mangsa dikatakan pergi ke kawasan tersebut bersama beberapa rakan dan sempat bermain air sambil bergurau sesama mereka sementara mahu membeli ikan di situ.

Menurut saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, sebelum insiden itu, dia melihat sekumpulan lelaki termasuk mangsa bermain di gigi air sementara menantikan beberapa bot nelayan mendarat dan memunggah hasil tangkapan untuk dijual.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan meminta tolong oleh kumpulan lelaki itu dan arus sangat deras menyebabkan mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.41 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI