fbpx

Selebriti K-Pop, K-Drama boleh guna pintu pelepasan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang penumpang diperiksa oleh pegawai keselamatan di balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 17 Mac 2020. - AFP

SEOUL – Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan membenarkan selebriti untuk menggunakan pintu pelepasan khas menjelang 28 Oktober ini, lapor saluran berita VNExpress semalam. 

Langkah itu dibuat untuk mengawal orang ramai serta meningkatkan keselamatan bagi semua penumpang. 

Perbadanan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon berkata, perubahan itu tidak melibatkan pembinaan pintu pelepasan baru. 

“Selebriti akan menggunakan pintu pelepasan sedia ada, yang kini dikhususkan untuk pramugari dan juruterbang. 

“Mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu untuk menikmati perkhidmatan sedemikian,” tambahnya.

Pada Rabu lalu, perbadanan itu telah menghantar surat rasmi kepada agensi-agensi hiburan dengan menggesa artis mereka menggunakan pintu masuk eksklusif itu. 

Keputusan itu dibuat berikutan beberapa insiden kesesakan berbahaya di lapangan terbang, di mana peminat berkumpul untuk melihat bintang kegemaran mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI