fbpx

‘Sekali lagi fitnah manusia’ – Ibu nafi Aliff, Ruhainies kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Hafiza menafikan spekulasi yang bertebaran mengenai perkahwinan anaknya dengan pelakon Ruhainies.

PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza menafikan spekulasi yang bertebaran mengenai perkahwinan anaknya dengan pelakon Ruhainies.

Tidak menyimpan dendam, Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil terbuka memaafkan mana-mana individu yang sengaja mencetuskan gosip liar selain mengingatkan tentang kematian.

“Subhanallah, sekali lagi fitnah manusia. Alhamdulillah, kami maafkan dan semoga kalian yang gemar menulis serta menyebar perkara tidak benar Allah berikan hidayah sebelum kalian bertemu Allah di akhirat kelak.

“Bagi yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan cerita-cerita sensasi dengan alasan atas dasar pekerjaan, adakah niat menghalalkan cara?

“Allah maha mengetahui, fikir-fikirkanlah. Kita hidup hanya seketika, kematian itu pasti. Tabarakallah (syukur) kepada guru-guru yang menasihati kami agar terus memaafkan apa jua agar hati dan minda kita akan tenang. ,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, Hafiza turut memohon maaf sekiranya kenyataannya dan keluarga menguris hati mana-mana pihak sehingga membuatkan ramai suka mencetuskan kontroversi.

“Ini peringatan buat saya dan keluarga juga kerana kami insan yang tidak sempurna, semoga kalian sentiasa dalam rahmah dan barakah Allah.

“Mohan maaf dari kami andai kata ada perkara-perkara atau kata-kata yang telah menyinggung perasaan sesiapa jua,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Aliff bakal mendirikan rumah tangga dengan Ruhainies pada hujung Oktober ini.

Nama Aliff menjadi bualan hangat selepas dia dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI