fbpx

Peminat ‘cuak’ Ira Kazar dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRA juga dikatakan bakal bergelar penyanyi tidak lama lagi.

POPULARITI pempengaruh dan juga anak kepada aktor Kazar Saisi, Ira Kazar melonjak selepas berpisah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Jika dahulu dia sering mendapat kecaman dan kritikan gara-gara menjadi isteri kedua, tetapi kini segala kritikan berubah menjadi pujian.

Terus mendapat sokongan, peminat pelakon telefilem Perang Dingin itu ternyata tidak sabar menantikan single nyanyian Ira.

Mereka bukan saja mengharapkan agar Ira berjaya mencipta nama sebagai penyanyi, tetapi peminat turut mahukan dirinya kembali beraksi dalam drama televisyen. Tak kurang juga ada peminat Ira yang meluahkan kebimbangan sekiranya Ira ‘dibuli’ jika masuk ke dalam industri lakonan.

Hal itu kerana sebilangan selebriti tanah air sebelum ini dipercayai memberi sokongan kepada bekas madunya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Tetapi, sekarang segalanya sudah berubah dan rasanya tidak perlu untuk bermasam muka.

Masing-masing sudah mempunyai jalan hidup sendiri dan lebih baik fokus kepada apa yang dimiliki sekarang berbanding ‘hidup’ dalam masa silam.

Diva: Sedih betul tengok video muzik Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella Astillah, Diva pula yang rasa trauma. Sabar sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI