fbpx

Mourinho beri bayangan destinasi baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO

ISTANBUL – Pengendali Fenerbahce, Jose Mourinho memberi bayangan untuk berhenti melatih pasukan yang bersaing di Eropah selepas kontraknya bersama pasukan dari Liga Super Turkiye itu berakhir nanti.

Aksi Liga Europa menentang Manchester United kelmarin, Mourinho dilayangkan kad merah kerana mempertikai keputusan pengadil dan situasi tersebut dikatakan menyumbang kepada kenyataan kecewa yang diluahkan.

“Saya fikir perkara terbaik yang perlu saya lakukan apabila meninggalkan Fenerbahce nanti adalah menyertai kelab yang tidak beraksi dalam saingan yang dikelolakan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

“Jika ada pasukan di England yang bersaing di peringkat bawahan yang mahukan pengurus dengan kontrak dua tahun, saya sanggup untuk pergi bersama mereka,” katanya.

Pada perlawanan itu, Mourinho cuba membantah keputusan pengadil apabila tidak menghadiahkan pasukannya sepakan penalti menyebabkan beliau dibuang padang dan tidak bercadang untuk membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

“Jika saya merayu, saya mungkin akan digantung selama enam bulan, jadi tidak ada apa yang boleh saya lakukan. Sebab itu saya katakan bahawa masa depan saya lebih baik tanpa kejohanan di Eropah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI