fbpx

Menyamar jadi warga tempatan demi curi iPhone 14 Pro, 15 Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang giat mengesan suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi IPD Sepang.

SEPANG – Proses jual beli telefon bimbit antara dua individu warga asing dengan seorang wanita tempatan bertukar tragedi apabila gajet itu dilarikan sebelum sempat dibayar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu di Sunsuria City, suspek seorang lelaki dan wanita telah melarikan dua telefon bimbit jenis iPhone 14 Pro dan Iphone 15 Pro dengan kerugian sekitar RM8,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan berkata, suspek dikatakan menyamar sebagai warga tempatan dan bertemu mangsa bagi urus niaga telefon bimbit.

Beliau berkata, sebaik meneliti telefon, suspek tiba-tiba melarikan gajet itu dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125z yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Insiden itu sempat dirakam sistem rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI