fbpx

[VIDEO] ‘Mat saleh’ angkat kereta ganggu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat kereta yang ganggu jalan.

PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki yang merupakan penumpang sebuah bas bertindak mengangkat dan mengalihkan kereta kerana menghalang laluan bas tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok @Zul Shoib, sekumpulan individu itu yang merupakan pelancong luar negara dilihat cuba mengalihkan beberapa buah kereta yang diletakkan di kiri dan kanan jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Tindakan penumpang itu menerima pujian ramai kerana membantu melancarkan perjalanan bas dan kenderaan lain yang ‘tersangkut’ akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Orang ramai juga memuji kegagahan dan kerjasama mereka yang mengangkat kereta itu dengan mudah.

“Weh kuatnya tergaman tengok,” kata syiraLaoshi.

“Macam angkat beg bagasi jer,” kata Izzati.

“Kerja gila ni tapi memang terbaik,’ komen entahsiapa.

Ada juga yang mengingatkan agar parkir kereta ditempat yang sepatutnya supaya tidak menyusahkan pengguna yang lain.

“Korang kalau ‘parking’ ingatlah orang lain. Bila kita permudahkan urusan orang Insya-Allah akan dipermudahkan urusan kita,” kata Muhammad Afendy Aqasyah.

“Dari semalam tau dia orang ‘parking’ kiri dan kanan jalan, ingatkan sebab jem, rupanya memang parkir macam tu. Tak tahu bila pemikiran semua ini nak berubah,” kata amel. – KOSMO! ONLINE

@abgzul08Thank you All Passanger 🤝🤝🤝💪💪💪🤝🤝

♬ bunyi asal – Zul Shoib

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI