fbpx

Liga Super: Aksi ‘blockbuster’ bakal tentukan maruah Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENANGAN ke atas Jeonbuk Hyundai di pentas ACL 2, minggu lalu meletakkan Selangor FC dalam momentum terbaik untuk berdepan JDT malam ini. - FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Aksi menentang pendahulu yang juga juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini tidak ubah seperti perhitungan maruah buat Selangor.

Kurang enam jam saja lagi untuk seluruh peminat bola sepak tempatan menyaksikan perhitungan hebat kedua-dua pasukan dan tidak keterlaluan untuk melabelkan pertemuan ini adalah perlawanan ‘paling mahal’ dalam saingan Liga Super 2024/25.

Mengambil kira kisah perseteruan dan kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Super, perlawanan ini tidak ubah sebagai aksi ‘blockbuster’ malah dijangka akan ‘pecah panggung’ kerana ia juga mampu menarik minat lebih banyak tontonan daripada penyokong berkecuali.

Selepas terpaksa tarik diri pada aksi Piala Sumbangsih, Mei lalu dan tewas 1-6 kepada Harimau Selatan di final Piala FA, Ogos lepas, Selangor pastinya enggan terluka buat kali ketiga malah mahu pertahankan Stadium MBPJ sebagai gelanggang keramat.

Sepanjang musim ini, Red Giants masih lagi kebal di Petaling Jaya dan kemenangan 2-1 ke atas kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2), Rabu lalu hadir tepat pada masanya sebelum bertemu JDT.

“Pertandingan yang berbeza cuma dan paling penting adalah proses pemulihan pemain. Kita akan cuba beri terbaik untuk hujung minggu ini.

“Paling penting adalah untuk kita ada kumpulan pemain yang besar dan kita tidak mahu hilang pemain yang bagus,” katanya.

Ketika ini, Selangor FC berada di tangga kedua dengan 26 mata, hanya dipisahkan lima mata dengan JDT yang berada di puncak Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI