fbpx

Ibu bapa ugut pensyarah, tak tukar kumpulan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Ibu bapa ugut mahu telefon dekan fakulti hanya disebabkan anak tidak ditukarkan ke kumpulan lain bagi menyiapkan projek kerja kursus antara perkara remeh dihadapi pensyarah berhubung masalah penuntut zaman kini.

Menerusi perkongsian seorang pensyarah dikenali sebagai Fara Hamidi menceritakan, sepanjang 20 tahun beliau mengajar, terdapat perubahan ketara perangai pelajar yang memeningkan kepala.

“Jika dulu, masalah yang selalu dihadapi adalah isu kehadiran. Pelajar selalu tidak hadir ke kelas. Antara sebab ponteng adalah bangun lewat, tayar motosikal pancit, ataupun ada yang jenis melepak di kafe siber bermain ‘game’ sampai lewat pagi.

“Kalau prestasi merosot pun sebab inilah, ketagihan pemainan video. Masalah pelajar zaman sekarang pula berbeza. Lebih kepada emosi.

“Mahu tukar kumpulan yang ditetapkan oleh unit akademik kerana tidak suka dengan pelajar lain di dalam kumpulan itu. Tidak dapat tukar, ibu bapa telefon pensyarah, suruh tukarkan. Permintaan tak dipenuhi, ugut mahu telefon dekan pula,” katanya pada hantaran Facebook.

Beliau berkata, sekiranya sikap tersebut diamalkan sehingga masuk bekerja, dikhuatiri akan berulang perkara yang sama.

“Anak mengamuk permintaan tak dipenuhi. Ini nanti kalau bekerja, adakah akan ulang perkara yang sama? Telefon majikan sebab anak tak suka rakan sekerja?

“Masalah lain pula, mahu berhenti atau pindah universiti sebab tidak suka dengan pelajar lain di kampus. Sampai bila mahu lari daripada masalah? Pindah universiti, adakah yakin tidak berjumpa dengan pelajar lain yang menyakitkan hati?,” tegasnya.

Selain itu, Fara turut meluahkan sikap penuntut yang tidak mahu membaca serta mahu ‘disuap’ sahaja.

“Sudah diberi pautan senarai kursus yang ada, sudah diberi nombor telefon pegawai bertugas, sudah diberi segala pautan yang diminta, tapi ulang lagi minta itu dan ini.

“Bila ditanya, baca atau tidak apa yang diberi, ‘tak, oh ada dalam ‘link’ itu ke?’. Aduh anak, bagaimana mahu jadi siswazah jika begini sikapnya?

“Bagaimana majikan mahu ambil sebagai pekerja jika mahu semuanya disuap? Ini universiti, bukan sekadar belajar untuk dapatkan ijazah. Tapi di universiti tempat belajar berdikari, mencari kenalan, bina kekuatan diri.

“Entahlah, kadang penat, kadang risau dengan generasi ini,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI