fbpx

Hujan lebat di utara sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri di utara negara sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama) melibatkan angin kencang dan hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, cuaca buruk ini turut menjejaskan kawasan di Pulau Pinang dan Perlis.

Walaubagaimanapun, kawasan sekitar Lembah Klang diramal mengalami cuaca cerah dan baik pagi ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI