fbpx

Hawanis tanya siapa, apa pekerjaan Izrail sebelum ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASLAM bersama isteri dan anak sulungnya menunjukkan gambar arwah di rumahnya di Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjong Karang, Selangor, hari ini.- Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – “Siapa itu Izrail (malaikat maut) dan apa pekerjaan dia?”.

Itu pertanyaan terakhir Allahyarham Hawanis Qalissha Haslam, 6, kepada abangnya beberapa jam sebelum dia ditemui lemas akibat terjatuh ketika bermain basikal di kawasan parit di Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjong Karang di sini, semalam.

Lebih memilukan apabila jasad kanak-kanak perempuan itu dijumpai ahli keluarga selepas keluar pergi ke rumah neneknya di kawasan berdekatan, kira-kira pukul 5 petang.

Bapa mangsa yang juga orang kelainan upaya (OKU) fizikal kaki, Haslam Mohd. Darus, 39, berkata ketika kejadian dia dan isteri sedang melakukan rutin mengemas kediamannya.

Kata kakitangan awam itu, dia bagaimanapun pelik melihat ketiadaan Hawanis yang kebiasaannya akan pergi ke rumah neneknya pada sebelah petang dengan berbasikal.

“Saya kemudian keluar mencari di rumah ibu (nenek) yang terletak kira-kira 20 meter dan melihat basikal anak berada di tebing parit. Saya tidak berupaya turun dan meminta bantuan adik lelaki yang kebetulan melalui jalan tersebut,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Menurut Haslam, usaha pencarian itu kemudian membawa kepada penemuan jasad anak bongsu daripada dua beradik berkenaan yang terapung di sekitar parit tersebut.

Jenazah Allahyarham dimandikan di rumah keluarga dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, kira-kira pukul 10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI