fbpx

EPL: Slot rombak Liverpool hilang tiga pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ terpaksa menjadi sandaran Liverpool bertemu Arsenal ekoran beberapa pemain berdepan masalah kecederaan selain prestasi baiknya ketika menentang Leipzig. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arnel Slot mendedahkan bahawa beliau berdepan beberapa siri kecederaan melibatkan tiga pemainnya, Diogo Jota, Federico Chiesa dan Conor Bradley yang hampir pasti tidak akan beraksi menentang Arsenal tengah malam ini.

Selain tiga pemain tersebut, Liverpool akan berkelana ke Emirates tanpa dua lagi khidmat pemainnya, Alisson Becker yang mengalami kecederaan hamstring sebelum ini serta Harvey Elliot yang berdepan kecederaan jangka panjang.

“Saya fikir ketiga-tiga mereka tidak berdepan masalah yang terlalu serius, namun untuk beraksi pada hujung minggu ini, saya fikir itu tidak akan berlaku.

“Federico mungkin sudah mula berlatih, namun belum bersedia, tetapi Diogo hampir pasti tidak akan bermain. Conor Bradley juga kami perlu pantau keadaan semasa, peluang itu ada, tetapi mungkin tipis,” katanya.

Situasi itu memungkin Slot terpaksa menurunkan penyerangnya, Darwin Nunez yang berjaya meledak gol kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara menewaskan RB Leipzig sebelum ini, namun persembahannya belum meyakinkan pengendali dari Belanda itu.

Perkembangan itu juga menyebabkan Slot terpaksa melakukan beberapa perubahan apabila Curtis Jones bakal menggantikan Dominik Szoboszlai atau Alexis MacAllister, manakala Diaz bertukar tempat dengan Cody Gakpo dalam kesebelasan utama.

“Ia perlawanan di tempat lawan, jadi saya fikir ia akan lebih sukar untuk kami berbanding menentang Chelsea di tempat sendiri dan kami sedar mengenai perkara itu. Kami juga berdepan tiga perlawanan di tempat lawan.

“Namun, para pemain sudah mempunyai pengalaman untuk berdepan cabaran ini bermain di tempat lawan tiga kali dalam tempoh seminggu. Ia sebahagian daripada hidup kami dan perlu menyesuaikan diri,” jelasnya.

Slot juga berharap Liverpool mampu untuk mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi selepas menjadi pasukan paling kurang bolos setakat ini selepas lapan perlawanan apabila hanya tiga jaringan menerjah pintu gol mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI