fbpx

EPL: Gol tunggal Haaland julang Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMARAU jaringan Erling Haaland (tengah) berakhir ketika menghasilkan gol tunggal perlawanan untuk bantu Man. City atasi Southampton 1-0 di Stadium Etihad, sebentar tadi. - AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester City, Erling Haaland kembali menemui sentuhan jaringan ketika memastikan kemenangan 1-0 ke atas Southampton di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Walaupun memiliki barisan pemain lebih berkualiti, Southampton nyata tampil agak baik dan mampu mengimbangi penguasaan permainan hingga memaksa City berpuas hati dengan kemenangan tipis.

Bagaimanapun, tahap disiplin tinggi pemain nyata menjadi kunci utama kepada persembahan positif Southampton kali ini apabila menyaksikan kesemua 10 pemain turun ke kawasan sendiri setiap kali tuan rumah melakukan serangan.

Dalam masa sama, pengendali City, Pep Guardiola tetap berdepan tanggungjawab besar untuk pertajamkan sentuhan penyudah memandangkan satu gol kali ini nyata tidak sepadan dengan 22 percubaan yang dicipta sepanjang perlawanan.

Terdahulu, Haaland yang gagal menghasilkan jaringan dalam tiga aksi sebelum ini kembali menemui prestasi terbaik apabila meledak gol pembukaan perlawanan seawal minit kelima.

Seterusnya, tuan rumah terus dihidangkan beberapa lagi peluang terbaik namun ia gagal disudahkan dengan lebih baik.

Kejayaan kali ini memastikan City kekal dengan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan awal, merekodkan tujuh kemenangan dan dua kali seri. – KOSMO! ONLINE

KEPUTUSAN

Aston Villa 1-1 Bournemouth
Brentford 4-3 Ipswich Town
Brighton 2-2 Wolverhampton

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN