fbpx

9 negeri dilanda hujan lebat, angin kencang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, ia melibatkan beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Sepang di Selangor.

“Hujan lebat dijangka melanda seluruh kawasan di Kelantan sementara di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Bagi Pahang, amaran hanya dikeluarkan meiluputi kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis,” katanya hari ini.

Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan membadai seluruh kawasan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Katanya, ribut petir di Perak tertumpu kepada kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI