fbpx

Budak perempuan lemas basikal jatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kanak-kanak itu dilaporkan lemas.

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ketika bermain basikal di kawasan parit di Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjong Karang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 9.01 malam dan mangsa berusia enam tahun itu dijumpai ahli keluarganya di parit berkenaan.

“Kanak-kanak itu dilaporkan hilang sejak pukul 5 petang sebelum ditemui dalam parit sedalam dua hingga tiga meter tersebut. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, dua beradik lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ketika bermain di kawasan parit di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI