fbpx

Beri peluang Bella Astillah ‘tajamkan’ vokalnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA hari ini, kualiti vokal Bella masih menjadi bahan bualan ramai.

ISU kualiti nyanyian Bella Astillah bukan perkara baharu yang menjadi bahan bualan netizen.

Namun, selepas isu Stacy tarik diri daripada Konsert Sumandak Stars baru-baru ini, isu nyanyian Bella kembali mengundang kecaman ramai.

Bagi segelintir netizen, Bella masih belum layak tersenarai untuk sebuah konsert berskala besar kerana tidak mempunyai banyak lagu sendiri berbanding penyanyi lain seperti Adira, Marsha dan Stacy.

Bukan itu sahaja, video-video persembahannya menyanyikan lagu Mahalini berjudul Mati-Matian sebelum ini turut tular dan mendapat respons negatif ramai.

“Mati-matian menyanyi, mati-matian juga yang mendengar.

“Entahlah, aku rasa Bella ini sesuai jadi pelakon sahaja,” kata netizen.

Sebelum ini ada yang bising kerana kerap nyanyi lagu Masing Masing, sekarang isu Mati Matian pula. Hadap sahajalah Bella, lumrah nak cari rezeki.

Apa kata beri peluang pada Bella buktikan kemampuannya?

DIVA: Jadi, tudung Aprena Manrose sudah terbang atau tidak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI