fbpx

Bapa MK meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA MK meninggal dunia hari ini.

PETALING JAYA – Penyanyi juga pelakon MK berdepan hari yang suram kehilangan bapa tercinta, Hamdan Abdul Razak.

Khabar duka tersebut dikongsikan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, dalam Instagram hari ini.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkan Hamdan Abdul Razak (bapa) di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Dalam perkongsian sama, MK turut memuat naik sekeping foto menunjukkan keranda jenazah di dalam sebuah kenderaa bersama bacaan doa.

Sehingga kini penyanyi kumpulan K-Clique itu belum menjelaskan secara terperinci mengenai punca kematian bapanya.

Usaha menghubungi MK untuk maklumat lanjut juga masih belum mendapat respons. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI