fbpx

Banupriya hilang sejak Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banupriya.

PETALING JAYA – Orang ramai diminta untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja berkenaan, B. Banupriya kali terakhir dilihat berada sebuah pasar raya di daerah berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Ciri-ciri fizikal remaja berkenaan adalah tinggi 168 sentimeter (cm), rambut panjang berwarna coklat dan berat kira-kira 55 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Justeru kata Wan Azlan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi terus bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI