fbpx

1,534 pegawai, anggota polis bertugas pastikan Deepavali Johor selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Kumar melawat gerai-gerai Deepavali pada Program Lawàtan Tapak Baazar Deepavali Jalan Trus di Johor Bahru hari ini. - Foto oleh Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Seramai 1,534 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi penugasan di seluruh negeri ini sepanjang sambutan perayaan Deepavali, Khamis depan.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya akan memastikan aspek keselamatan dan kelancaran trafik di negeri ini khususnya di bandar raya Johor Bahru berjalan lancar.

“Bagi penugasan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pula, seramai 95 pegawai dan anggota ditempatkan. Kita jangka akan berlaku kebanjiran masuk kenderaan ke Johor memandangkan cuti panjang sempena perayaan Deepavali yang bermula Khamis ini.

“Sehubungan itu, kita telah mengatur gerak pasukan untuk sentiasa bersiap-sedia, jika berlaku kesesakan mengejut atau apa-apa situasi tidak diduga, polis akan segera bertindak,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Deepavali di Jalan Trus, di sini hari ini.

Sementara itu, Kumar turut menasihati orang awam untuk mendaftar dengan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sekiranya mahu meninggalkan kediaman mereka dalam tempoh perayaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI