PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal mengenai penyewa bilik yang berwajah kacak dengan penampilan menarik, tetapi tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan bilik dalam keadaan bersepah.
Menerusi hantaran di TikTok oleh Hakak Bilik, wanita itu berkata, penampilan seseorang tidak boleh dijadikan sebagai penilaian utama dan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan raut wajah yang kacak.
“Sampai macam ini (begini) sekali kamu tinggalkan bilik sewa. Pagi kerja punyalah kacak dan wangi,” kongsi wanita itu.
Hantaran tersebut mendapat perhatian daripada ramai netizen yang turut menyokong pendapatnya dan berkongsi pengalaman serupa.
“Saya pernah menyewakan kepada dua budak perempuan. Mereka pergi dan balik kerja dengan penampilan yang cantik. Selepas pindah, mereka meninggalkan sampah sarap dalam bilik tersebut,” ujar Che Su.
“Memang ada orang macam itu. Saya sendiri pernah mengalaminya. Bila nak keluar rumah, mereka pakai minyak wangi, tetapi bila di rumah, dua hari tidak mandi dan tidur dalam sampah,” kata Syaa pula. -KOSMO! ONLINE
@hakakbilik Awak gegirl semua kalau nak cari suami jangan tertipu Ler dgn hensem je.. Ni hakak terkena dgn penyewa.. Hakak ada IC nya.. nk tgk ke? #biliksewa #biliksewajb #penyewaazab ♬ Sad violin – Katsuyuki Takahashi