fbpx

[VIDEO] Lagu ‘I Want It That Way’ hadiah rakan buat Tengku Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan suasana persembahan dari rakan-rakan Tengku Muhammad.

PETALING JAYA – Lagu ‘I Want It That Way’ nyanyian rakan-rakan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah memeriahkan majlis santapan selepas Istiadat Berinai sempena Perkahwinan Pasangan Diraja semalam.

Menerusi hantaran di Tiktok oleh RB Eventor, Tengku Muhammad dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan terhibur dengan nyanyian rakan-rakan mereka yang lengkap memakai persalinan baju Melayu dari United Kingdom (UK).

Persembahan itu mencuri perhatian dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Kemeriahan majlis pasangan itu terus diperkatakan di media sosial dengan ramai netizen teruja melihat persahabatan erat serta reaksi ceria Tengku Muhammad berhubung persembahan rakan-rakannya.

“Seronok betul majlis Tengku Muhammad. Suasana majlis santai dan mesra,” kata Nurul Zahira.

“Majlis jadi sangat meriah sebab Tengku Muhammad memang seorang yang ceria,” kata Songjukisongjhi.

Terdahulu, pasangan Diraja itu diraikan dalam Istiadat Berinai di Balai Temenggong, Istana Abdulaziz, Kuantan malam tadi.

Kedua-dua ahli keluarga pengantin kelihatan anggun dan segak mengenakan busana berwarna biru turquoise.

Istiadat Persandingan Diraja akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar di padang Dataran Majlis Bandaraya Kuantan dan Dataran Muzium Diraja Pekan esok. -KOSMO! ONLINE

@rbeventor Kawan-kawan TAB dari UK belanja 2 lagu malam ni! Segak masing2 pakai Baju Melayu bersongkok bersamping #TAB❤️TNA #IstiadatBerinai #hardyandthecrazybunch ♬ original sound – RB Eventor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI