fbpx

Suspek serang peguam dengan besi hingga cedera kepala diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis sedang memburu dua suspek lelaki yang dipercayai menyerang seorang peguam sehingga cedera dalam kejadian di Persiaran Karpal Singh 2 di sini, pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa seorang peguam lelaki warga tempatan berusia 37 tahun menerima tujuh jahitan pada kepala akibat kejadian berkenaan.

”Suspek adalah dua lelaki tempatan yang diupah, mereka bersenjatakan batang besi dan dipercayai terdapat ‘mastermind’ di sebalik kejadian ini.

”Suspek menaiki kereta dengan nombor plat palsu, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kejadian juga bukan bermotifkan samun,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Badan Peguam Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya terkejut dengan serangan yang berlaku ke atas seorang ahli badan berkenaan pada 22 Oktober lalu.

Badan Peguam Malaysia menjelaskan peguam itu diserang dengan kejam oleh dua penyerang yang tidak dikenali menggunakan batang besi, menyebabkan mangsa cedera di kepala. Serangan hendap yang dirancang ini bukan sahaja serangan ke atas individu, tetapi juga serangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Menurut Swee Sake, polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan daripada pelbagai sudut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

”Kami menyeru sesiapa yang nampak kejadian itu supaya tampil membantu siasatan pihak polis, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI