fbpx

Ramai simpati dengan Cikgu Din, tabung kutipan cecah RM36,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Din bersama isteri dan anaknya.

 

PETALING JAYA – Keprihatinan orang ramai terhadap nasib guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Din yang diuji dengan masalah kesihatan isteri terus mendapat perhatian apabila sumbangan yang dikutip telah melebihi sasaran awal RM10,000.

Berkongsi berita gembira itu, bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh atau Cikgu Fadli berkata, tabung yang diwujudkan khusus untuk membantu Cikgu Din berjaya mengumpul RM36,000 setakat ini.

“Update (kemas kini) sumbangan untuk Cikgu Din. Hari pertama (separuh hari) sumbangan masuk lebih kurang RM36k (RM36,000).

“Persetujuan asal, RM10k (RM10,000) untuk Cikgu Din dan selebihnya untuk projek amal Dana Kita dia infaq atas nama puan isteri beliau,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Jumlah sumbangan yang telah disalurkan Mohd Fadli kepada Cikgu Din yang dikongsi di laman Facebooknya.

Bagamainapun kata Cikgu Fadli, beliau telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada guru dari Kelantan itu semalam.

“Tapi aku rasa, Cikgu Din mesti perlu guna duit banyak, apatah lagi banyak benda (barangan) dah dia jual untuk tanggung kos sebelum ini. Rasa tak patut bagi RM10k sahaja. Maka semalam kami terus transfer (pindah) RM20k.

“Sumbangan masih masuk, insya-Allah kami akan tambah sumbangan pada Cikgu Din bila sumbangan atas ‘reference’ Cikgu Din terhenti,”katanya.

Mengulas lanjut, Cikgu Fadli berkata, pihaknya akan mengumumkan jumlah kutipan sumbangan tersebut pada minggu hadapan.

“Terima kasih semua yang menyokong usaha ini. Cikgu Din wakilkan pada saya untuk ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada semua,” katanya.

Sebelum ini, kisah Cikgu Din yang berdepan ujian kesihatan isterinya kerana disahkan menghidap kanser mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Menurut hantaran pemilik akaun Harima Abd Rahman, Cikgu Din dilaporkan memohon pertukaran ke Semenanjung untuk menjaga isterinya, namun permohonan tersebut ditolak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI