fbpx

Plaza Tol Telemong rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurutera LPT 2 sedang memeriksa kerosakan dialami struktur Plaza Tol Telemong akibat ribut di Telemong, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Plaza Tol Telemong, Lebuh Raya Timur 2 (LPT 2) di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat dipukul ribut pada malam tadi.

Pengurus Wilayah LPT2 Sdn. Bhd. , Mohamad Pazli Kasim berkata, dua lorong tol yang terjejas telah ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.

“Begitupun aliran trafik tetap lancar dengan dua lorong tol masih berfungsi di Plaza Tol Telemong berkenaan.

“Insiden disebabkan ribut itu juga tidak melibatkan kenderaan pengguna malah tiada sesiapa tercedera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohamad Pazli berkata, pemeriksaan lanjut terhadap struktur plaza tol yang mengalami kerosakan tersebut sedang diperiksa jurutera dilantik.

Tambah beliau, pengguna LPT 2 boleh menghubungi talian 1800880220 bagi maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI