fbpx

Peniaga rugi RM446,800 ditipu ‘MCMC dan pegawai polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM446,800 selepas terperdaya dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 22 Oktober lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 42 tahun menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pegawai MCMC yang memaklumkan nombor telefon mangsa digunakan untuk aktiviti penipuan.

“Panggilan telefon tersebut kononnya telah disambungkan kepada pegawai polis dan suspek mengatakan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Mangsa berasa takut apabila menerima waran tangkap yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi WhatsApp,”katanya di sini hari ini.

Menurutya dalam tempoh 22 Oktober hingga 24 Oktober lalu, mangsa telah membuat pemindahan wang berjumlah RM 446,800.00 dengan 51 transaksi ke 11 akaun bank diberikan suspek kononnya untuk keperluan siasatan.

Katanya, mangsa kemudiannya berasa ditipu apabila suspek tidak memulangkan wang seperti yang dijanjikan setelah selesai siasatan dan membuat laporan polis semalam.

Tambahnya, berdasarkan siasatan, sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI