fbpx

Pelajar, pengajar Hindu boleh laksana sesi PdP dalam talian mulai Isnin – KPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kemudahan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) khusus kepada pelajar serta pengajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) beragama Hindu bagi meraikan sambutan Deepavali pada 31 Oktober ini.

KPT dalam kenyataan memberitahu, sesi PdP itu boleh dilaksanakan secara dalam talian atau hibrid untuk semua universiti awam, politeknik, kolej komuniti bermula Isnin ini hingga 30 Oktober dan pada 1 November.

“Pelaksanaan ini adalah bertujuan memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing masing,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPT turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI