fbpx

Nelayan dakwa dadah tambah tenaga, hilang tekanan di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 23 nelayan yang diperiksa dalam operasi bersepadu APMM dan AADK di Jeti LKIM Besut hari ini.

BESUT – Tujuh nelayan termasuk lima warga asing yang sedang khayal dadah diberkas dalam operasi bersepadu di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut di sini hari ini.

Operasi bersepadu selama empat jam bermula pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan 37 anggota Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah Marim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, tumpuan diberikan kepada bot-bot nelayan berlabuh di jeti berkenaan.

“Seramai 23 nelayan diperiksa dengan tujuh daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

“Hasil soal-siasat awal rata-rata suspek mendakwa mengambil dadah sebagai penambah tenaga dan menghilangkan tekanan bekerja di tengah laut,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, kesemua nelayan berusia dalam lingkungan 35 hingga 48 tahun itu disiasat mengikut
Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

Tambah beliau, dua suspek warga tempatan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.

“Baki lima suspek warga asing yang turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 pula disiasat APMM.

“Kita tidak tolak kemungkinan kewujudan sindiket menyasarkan golongan ini untuk membekalkan dadah. Oleh itu, usaha untuk mengekangnya akan lebih kerap dilaksanakan kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI