fbpx

Nahas lima maut: Empat sekeluarga selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga menjirus air mawar di pusara empat sekeluarga yang maut akibat kemalangan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing,  Gua Musang, Kelantan semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Mohd. Junaizi Jusoh, 48, dan isteri, Shazwani Ismail, 39, serta anak sulung mereka, Muhammad Fakrul Danish,18 dan adik Shazwani iaitu Farhana, 35, tiba di kampung halaman mereka pada pukul 7 pagi.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Kampung Payang Kayu untuk disolatkan lebih 500 jemaah kira-kira sejam kemudian sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk kebumikan.

Upacara pengebumian empat sekeluarga itu selesai sepenuhnya pada pukul 10 pagi.

Dua anak perempuan arwah Shazwani dan Mohd. Junaizi iaitu Nur Jihan Irdina,13, dan Nur Anis Zahra Nazihah,12, kelihatan sugul dan menitiskan air mata sepanjang pengebumian tersebut.

Terdahulu, empat sekeluarga yang dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh sebuah lori membawa muatan batu di lokasi kejadian.

Kemalangan pada pukul 11.57 pagi itu turut mengorbankan pemandu lori berkenaan, G. Mageswara, 53. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI