fbpx

Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis Israel ke atas Republik Islam Iran terutama di bandar Tehran, Karaj, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi ini.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, serangan ini merupakan pelanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kestabilan serantau.

Jelasnya, skala serangan, jumlah yang terkorban dan tahap kerosakan masih ditentukan.

“Malaysia menggesa agar tindakan permusuhan dihentikan serta-merta dan kitaran keganasan ditamatkan.

“Tindakan berterusan Israel tanpa sebarang hukuman, telah dan akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan masa depan Timur Tengah, membawa rantau tersebut ke ambang konflik yang lebih meluas,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra berkata, Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan ini.

“Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh serangan ini.

“Semua rakyat Malaysia di Iran dinasihatkan supaya bertenang, berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran, di talian +9821 88072444 atau +9821 88078606 atau e-mel [email protected] – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI