fbpx

Lebih 300 berhimpun di Menara Condong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta perhimpunan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan Menara Condong di Teluk Intan petang tadi

TELUK INTAN – Lebih 300 peserta berhimpun di pekarangan Menara Condong di sini sebagai tindak balas terhadap insiden bendera negara China dikibarkan di hadapan bangunan warisan itu kelmarin.

Rata-rata peserta yang hadir membawa bendera Jalur Gemilang membanjiri tapak ikon pelancongan negeri Perak itu sejak pukul 5 petang sambil menyanyikan lagu patriotik Negaraku, Jalur Gemilang, Saya Anak Malaysia dan Negaraku nyanyian Faizal Tahir.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria turut hadir menyertai perhimpunan itu.

Sementara itu, seorang peserta, Roslan Omar, 42, berkata, dia datang ke himpunan itu bersama rakan dari Seberang Perak dan Kampung Gajah bagi menunjukkan perasaan cinta kepada negara.

Acara yang berlangsung selama lebih sejam dengan diawasi oleh anggota polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) itu diakhiri dengan bacaan doa Wehdah dan Qunut Nazilah – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI