fbpx

Laporan kajian geoteknikal wajib ada dalam pelan KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Setiap pemaju hartanah di ibu negara kini diwajibkan mengemukakan laporan penuh kajian geoteknikal sebelum diberikan kebenaran merancang.

Malahan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara itu telah dikuatkuasakan baru-baru ini dan tidak terhad lokasi bercerun, dan ia merangkumi kawasan tanah lapang rata

Kata beliau syarat baharu itu sudah ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta-merta bagi pelan pembangunan Kuala Lumput.

“Kita hendak memastikan semua pemaju ada serah laporan kajian geoteknikal serta turut mematuhi pelbagai syarat ketat lain untuk elak risiko kes lubang benam berlaku,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 penyumbang cukai tanah terbesar di Putrajaya pada Majlis Apresiasi Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya di sini hari ini.

Dua bulan lalu, beliau mengumumkan kajian semula polisi perancangan ibu kota susulan insiden tragik seorang maut akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lepas.

Sementara itu, Dr. Zaliha juga memaklumkan bahawa Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur akan dilaksanakan sepanjang tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI