PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda 13 negeri sehingga pukul 8 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Di Kelantan, kawasan dijangka terjejas di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Cuaca sama juga bakal melanda Terengganu di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” lapor MetMalaysia.
Sementara itu, beberapa kawasan di Pahang juga dijangka menerima cuaca buruk seperti di Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut melanda Selangor di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Begitu juga di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
“Di Sarawak ia melibatkan kawasan Kuching Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.
Cuaca buruk itu juga dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan.
Labuan juga dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang malam ini. – KOSMO ONLINE!