fbpx

KPM kukuhkan advokasi galak pelajar tampil lapor gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) hadir pada Majlis Peluncuran Karnival Pendidikan Madani dan Program Kolej Vokasional Insani Masyarakat Madani di SK Sungai Bakap, hari ini.

SEBERANG PERAI – Usaha memperkukuhkan advokasi garis panduan gangguan seksual diperhebat bagi menggalakkan mangsa membabitkan pelajar sekolah lebih berani tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, kementerian tidak akan berkompromi soal gangguan seksual bagi memastikan institusi pendidikan kekal menjadi tempat selamat sekali gus menguatkan ekosistem pendidikan yang mendukung keselamatan anak-anak.

“Jadi, saya tegaskan sekali lagi bahawa garis panduan tentang gangguan seksual ini, menangani isu gangguan seksual di institusi pendidikan telahpun dikeluarkan.

“Kita minta untuk semua pihak termasuk guru dan pentadbir sekolah mengambil tanggungjawab penuh terhadap garis panduan tersebut bagi melindungi pelajar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Karnival Pendidikan Madani dan Program Kolej Vikasional Insani Masyarakat Madani di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal meyakinkan pelajar supaya tampil membuat aduan malah memberi jaminan laporan terbabit akan ditangani dengan penuh integriti oleh pihak kementerian.

Kita percaya lebih ramai pelajar yang terkesan dapat tampil manakala pihak sekolah pula perlu sentiasa berwaspada sekali gus mengambil tindakan segera apabila terdapat aduan berkaitan gangguan seksual,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI