fbpx

KPDN terima 1,059 aduan perniagaan jualan langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHD FAIRUZ menunjukkan barangan berkaitan perniagaan jualan langsung di pejabat KPDN di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merekodkan 407 syarikat berlesen Jualan Langsung yang sah sehingga 15 Oktober 2024, mencerminkan pertumbuhan positif dalam industri jualan langsung negara.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Jualan Langsung KPDN, Muhd Fairuz Abdul Halim, industri ini dikawal selia di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993
[Akta 500] bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang serta beretika.

Jelasnya, diiktiraf di peringkat antarabangsa, Malaysia kini menduduki tangga keenam dunia dalam aktiviti jualan langsung, dengan nilai jualan tahunan seba­nyak RM32.4 bilion, serta berada
di kedudukan keempat di rantau Asia Pasifik.a

“Dalam tempoh 2021 hingga 2022, nilai jualan industri ini telah melebihi RM100 bilion, menunjukkan keyakinan pengguna terhadap industri jualan langsung di Malaysia,” tambahnya.

KPDN turut memastikan pe­ngawasan ketat terhadap industri ini dengan menerima 1,059 aduan sejak tahun 2021 hingga September tahun ini, melibatkan isu seperti kelewatan penghantaran, kesilapan produk, skim piramid, penipuan, dan lain-lain.

Tahun 2023 mencatat jumlah aduan ter­tinggi sebanyak 409 kes, disusuli 236 aduan pada tahun 2021, 183 pada 2022, dan 231 sehingga September tahun ini.

Bagi menangani isu-isu ini, KPDN telah melaksanakan siasatan menyeluruh, termasuk 24 kes utama di bawah Seksyen 4, Akta 500 yang melibatkan operasi perniagaan tanpa lesen jualan langsung yang sah serta Seksyen 27, Akta 500 berkaitan skim piramid.

Penguatkuasaan turut diperketatkan dengan rampasan aset bernilai RM11.9 juta sejak 2021, melibatkan produk, barangan mewah, dan aset syarikat yang dijadikan bahan bukti.

“Kesalahan-kesalahan ini juga telah diwartakan sebagai kesalahan berat di bawah Jadual Kedua Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], memperlihatkan keseriusan KPDN dalam memelihara industri jualan langsung dan melindungi kepen­tingan pengguna,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI